1 yang ciri-cirinya adalah permasalahan yang berpura-pura atau

1

ULASAN
KRITIS

 

Pengenalan

 

“What History Is”
dalam Re-thinking History yang
dikarya oleh Keith Jenkins (2004) merupakan bahan bacaan yang dipilih bagi
tujuan membuka jendela pengetahuan serta mencerminkan berkeupayaan melakukan
analisis dan mendeskripsikan dalam bentuk huraian pendek tetapi padat dan jelas.
Secara keseluruhannya, pada hemat penulis, apakah sejarah itu dijelaskan dalam
pembahasannya tentang persoalan memikirkan kembali sejarah.

 

Bagi memberi
penjelasan dan kefahaman yang lebih mendalam maka Keith Jenkin (2004) di dalam
penulisannya menerangkan persoalan tentang apakah sejarah itu dan bagaimana
persoalan sejarah dapat dijawab dengan tidak meninggalkan fakta yang dominan
dan membuka sejarah dengan perspektif yang lebih luas. Selain itu, sebagaimana
yang terlintas dalam pemikiran bahawa sejarah adalah sejarah, yang sebenarnya dalam
hal ini penulis mengharapkan supaya dapat mengubah atau memberhentikan
pemikiran sejarah sebagai berfikir di masa lalu dan mengakui bahawa terdapat
jenis sejarah yang ciri-cirinya adalah permasalahan yang berpura-pura atau
tidak masuk akal tentang penelitian mengenai masa lalu.

 

Pada dasarnya, Keith
Jenkin (2004) melihat permulaan sejarah melalui dua kaedah iaitu secara teori
dan yang keduanya secara meneliti apa yang ada dalam praktis (amalan). Kaedah-kaedah
ini sedikit sebanyak dapat memberikan penjelasan yang munasabah bukan sahaja
mengenai segala persoalan sejarah malah mengenai perdebatan yang sering
dibahaskan bagi menjawab soalan ‘apakah sejarah itu’. Perlu ditekankan bahawa
teori dan praktis (amalan) perlu diletakkan bersama-sama bagi mencari bukti dan
definisi dimana ianya merangkumi kaedah serta prinsip yang digunakan dalam
sesuatu kajian.

 

Oleh yang
demikian, apa yang dapat dikatakan bahawa penulisan Keith Jenkin (2004) ini
cukup komprehensif serta dapat mendorong seseorang untuk meminati bidang
sejarah dan selain daripada itu, ia juga dapat menambahkan lagi khazanah ilmu
untuk dijadikan rujukan di kalangan pelajar khususnya di Universiti Sains
Malaysia.

 

 

 

2

Teori

 

Teori ialah
merupakan satu sistem idea yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu terutama
berdasarkan idea-idea umum yang bebas daripada perkara yang dijelaskan. Maka,
dalam penulisan Keith Jenkin (2004) mengenai ‘apakah sejarah itu’, muncul dua
(2) hujah yang digariskan di dalam peringkat teori. Pertama ialah sejarah
merupakan salah satu daripada wacana mengenai dunia. Sungguhpun begitu, wacana
sebenarnya tidak menciptakan dunia iaitu fizikal yang dinampak hidup, tetapi
kesesuaian mereka sebenarnya memberikan semua makna. Hal ini mengupas  bahawa dunia merupakan objek penyelidikan
masa lalu. Oleh yang demikian, sejarah dan masa lalu  adalah perkara yang berbeza.

 

Pada tanggapan
saya, menurut Keith Jenkin (2004) mengenai perbezaan sejarah dan masa lalu ini
ada kebenaranya. Hal ini berlaku sejarah pada dasarnya mempunyai wacana, tetapi
secara jelasnya tidak ada pada masa lalu. Tetapi, secara umumnya masih terdapat
juga masyarakat yang tidak mengetahui atau terlepas pandang akan perbezaan ini.
Ia dibiarkan tanpa keraguan kerana ahli sejarah telah kehilangan pandangan sebenarnya
sejarah seperti yang direkod atau ditulis mengenai masa lalu dan masa lalu itu
sendiri adalah perkataan sejarah yang meliputi kedua-duanya sekali. Jesteru
itu, beliau menyarankan supaya sentiasa mendaftar perbezaan ini dengan menggunakan
perkataan masa lalu untuk semua yang telah berlalu manakala perkataan historiografi
untuk sejarah.

 

Walau bagaimanapun,
sesetengah pihak mempertikaikan dan tidak bersetuju pengelasan masa lalu dan
sejarah ini. Pertikaian mengenai perbezaan ini dikatakan tidak penting, dan
tidak perlu untuk difahami. Namun begitu, bagi menjawab pertikaian tersebut,
penulis telah memberi hujah lain. Katanya:

 

“the
past and history are not stitched into each other such that one and only one
reading of any phenomenon is entailed, that the same object of enquiry is
capable of being read di?erently by di?erent discourses whilst, internal to
each, there are di?erent readings over space and time.”

                                                                                                (Keith
Jenkin, 2004:10)

 

Hujah ini jelas bahawa
masa lalu dan sejarah tidak seharusnya ditetapkan atau disenaraikan di antara
satu sama lain bagi mengurai sesuatu fenomena, hakikatnya objek penyelidikan
yang

3

dilihat mampu dibaca dengan
berbagai-bagai fakta yang boleh melangkaui ruang dan waktu. Contoh gambaran
yang diberikan oleh penulis sangat menarik dan mudah untuk difahami. Di dalam
rumah melalui sebuah tingkap, secara umumnya seseorang hanya melihat pemandangan
alam sesuatu kawasan sahaja yang mengandungi jalan, rumah, ladang, bukit dan
sebagainya. Tetapi, bagi ahli geografi dan ahli sosiologi contohnya akan
melihat dari sudut yang berbeza dan mengubah permandangan tersebut ke dalam
wacana mereka sendiri. Dari sudut ini, ahli geografi akan melihat corak dan
amalan pertanian, rupa bentuk muka bumi, iklim, cuaca dan dan lain-lain dalam
pemikiranya secara geografi. Begitu juga pada ahli sosiologi melihat
permandangan tersebut dan menjadikan ia suatu data seperti struktur pekerjaan,
unit keluarga, taburan penduduk dan sebagainya. Ahli sejarah juga boleh mengubah
permandangan ke dalam wacananya sendiri contohnya perbandingan penduduk
sekarang pada tahun 1831, 1871; pemilikan tanah, analisis dari semasa ke semasa
kuasa politik, bila dan mengapa kereta api serta terusan berhenti berfungsi dan
sebagainya.1

 

Jesteru, oleh
kerana tiada nilai atau dorongan terhadap semua pandangan iaitu apa-apa yang
diperhatikan atau yang dilihat contohnya golongan ahli geografi, ahli sosiologi
dan ahli sejarah dan sebagainya pada masa sekarang. Maka, ahli sejarah lain telah
mengambil langkah untuk tidak mencipta semua perkara daripada apa-apa yang
dilihat seolah-olah semuanya yang ada dihadapan mereka sebaliknya mencipta
kategori deskripsi serta perkara yang boleh dikatakan mempunyai makna atau
nilainya yang tersendiri. Justeru, ahli sejarah ini telah membuat analisis dan metodologi
sebagai sumber bagi membincangkan mengenainya. Kupasan tentang hujah ini,
penulis tidak bermaksud hanya membawa cerita tentang masa lalu sahaja, tetapi
apa yang hendak disampaikan di sini adalah tuntutan yang sangat kuat mengenai
cerita masa lalu yang selalu datang pada mereka. Menurut Keith Jenkin (2004)
lagi, mereka tidak boleh terlepas daripada memilih kesesuaian cerita masa lalu
kerana ianya merupakan kisah sebenar ataupun sinonimnya adalah realiti.

 

Dalam konteks
perbezaan masa lalu dan sejarah ini, saya menyokong bahawa, bukan kesemua masa
lalu adalah boleh dijadikan sejarah, tetapi sebenarnya sejarah itu adalah perkara-perkara
atau kejadian-kejadian masa lalu yang mempunyai cerita daripada pandangan yang
tidak terbatas dan penyelidikan yang menggunakan suatu naratif untuk memeriksa
dan menganalisa turutan kejadian.

4

Di dalam teori yang kedua pula, Keith
Jenkin (2004) cuba mengulas hujahnya berkenaan bagaimana ahli sejarah mengambil
sesuatu perkara masa lalu untuk dijadikan sejarah, bagaimana masa lalu dan
sejarah digabungkan bersama serta bagaimana ahli sejarah untuk mengetahui masa
lalu. Teori ini adalah disebabkan oleh perbezaan masa lalu dan sejarah yang
telah dihujahkan pada teori yang pertama. Menurut beliau, untuk melihat
sejarah, masa lalu dan sejarah perlu dilihat bersama serta digabungkan. Walau bagaimanapun,
terdapat tiga (3) masalah bidang teori yang perlu dibincangkan bagi melihat
sejarah iaitu bidang epistemologi, bidang metodologi dan bidang ideologi.

 

Perkataan
epistemologi adalah merujuk kepada bidang ilmu falsafah dan ilmu pengetahuan yang
menitik beratkan untuk mengetahui tentang apa-apa sahaja yang berlaku pada masa
lalu. Di sini, kita akan lihat bahawa masalah telah wujud kerana kesukaran
untuk mengetahui tentang subjek seperti masa lalu dalam sejarah. Jelas, ahli
sejarah akan melakukan tugas berpandukan kepada manusia yang hidup pada masa
lalu dan akan cuba untuk mengangkat tentang objektif masa lalu adalah benar dan
tepat. Bagi pendapat Keith Jenkin (2004), segala tuntutan kepastian tidak ada
dan tidak sekali-kali akan tercapai kerana situasi sekarang sepatutnya masa
lalu telah hilang. Oleh itu, apa yang penulis ingin tekankan di sini bahawa ia
adalah disebabkan oleh empat kerapuhan epistemologi iaitu:

 

1.      Tiada ahli sejarah boleh menutup keseluruhan peristiwa
masa lalu kerana kandungan masa lalu hampir tidak terbatas. Sesorang tidak
boleh mengembalikan semua fraksi tentang apa-apa yang berlaku dan tiada akaun
ahli sejarah pernah tepat tentang masa lalu serta sebahagian besar masa lalu
sekadar cukup untuk jumlah sejarah. Malah, segala pengetahuan dan nilai masa
lalu tidak pernah dirakam dan disenarai pendek.

 

2.      Tiada akaun boleh menutup tentang masa lalu kerana
masa lalu bukan akaun tetapi peristiwa, situasi dan sebagainya. Oleh kerana
masa lalu telah berlalu pergi, maka tiada akaun yang boleh diperiksa
terhadapnya, tetapi hanya boleh diperiksa terhadap akaun lain.

 

3.      Tidak kira bagaimana sekalipun boleh diverifikasi,
boleh diterima secara meluas atau dapat dipastikan, sejarah tidak dapat
dielakkan sebagai pembentukan peribadi suatu manifestasi terhadap perspektif
penyampaian ahli sejarah.

 

4.      Penterjemahan mengenai masa lalu dalam istilah moden
dan menggunakan pengetahuan sebelum ini mungkin tidak diperolehi, ahli sejarah
menemui apa yang

5

telah berlaku tentang masa lalu telah
dilupakan dan tidak disatukan bersama-sama sebelum ini.

 

Setakat ini, apa
yang didakwa oleh Keith Jenkin (2004) bahawa sejarah adalah peralihan wacana
yang dibina oleh para ahli sejarah dan bahawa dari kewujudannya masa lalu,
tiada sesiapa membaca yang diperlukan, mengubah pandangan, beralih perspektif
dan muncul pembacaan baru.

 

Pada perenggan
ini, saya amat bersetuju dengan hujah penulis mengenai prosedur metodologi. Keith
Jenkin (2004) berbeza pendapat dengan Elton dalam ‘The Practice History’ menyatakan pada permulaan bab mengenai
penyelidikan ‘kajian sejarah’, yang seterusnya terjumlah kepada mencari
kebenaran. Ahli sejarah tahu bahawa apa-apa yang di pelajari adalah benar dalam
masa yang sama bahawa mereka tidak boleh memulihkan semuanya dan mereka tahu
bahawa proses penyelidikan sejarah dan pembinaan semula tidak pernah berakhir,
tetapi mereka sedar bahawa ini tidak menjadikan apa-apa yang dikerjakan tidak
nyata atau tidak sah. Begitu juga dengan pendapat Marwick, beliau menegaskan
bahawa tugas para ahli sejarah untuk membangunkan peraturan metodologi di mana
mereka dapat mengurangkan campur tangan ‘moral’ mereka. Elton berminat untuk
menegaskan bahawa hanya kerana penjelasan sejarah tidak bergantung pada
undang-undang umum, itu tidak bermakna ia tidak di tadbir oleh peraturan yang
sangat ketat.

 

Berbeza dengan
pendapat Keith Jenkin (2004) pula, pada beliau yang
menentukan tafsiran akhir adalah terletak di sebalik kaedah dan keterangan
dalam ideologi. Sementara itu, kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa kaedah ketepatan
adalah penting, terdapat masalah mengenai kaedah ketepatan yang mereka
bicarakan. Sudah tentu setiap kaedah akan menjadi tepat, iaitu, secara dalaman
yang konsisten, malah ia juga akan menjadi rujukan sendiri.

 

Secara ringkasnya, boleh dikatakan bahawa dalam
mencari jalan menuju kebenaran adalah sangat mengelirukan. Ini disebabkan julat
tehadap kaedah tanpa sebarang kriteria yang dipersetujui untuk memilih. Walaupun
hujah Marwick, ahli empirik dan ahli struktural semua tentang metodologi
berbeza, akan tetapi mereka tetap bersetuju dengan asas-asasnya.

 

Sungguhpun Keith
Jenkin (2004) menjelaskan dalam penulisannya terdapat berbagai-bagai persoalan
mengenai ‘apakah sejarah itu’, secara umumnya, sejarah

6

sebenarnya bertujuan untuk seseorang
dan bukan untuk diri sendiri. Walau bagaimanapun, sejarah terikat dan tidak
dapat dielakkan dengan masalah kerana istilah atau wacana sering dipertikaikan.
Sesetengah kumpulan menginginkan sejarah dibersihkan di mana konflik dan
kesusahan tidak hadir. Sesetengah kumpulan mahukan sejarah untuk membawa kepada

6

ketenangan. Sesetengah mahukan
sejarah untuk mewujudkan individualisme kasar. Sesetengah untuk menyediakan
strategi dan taktik untuk revolusi, ada yang menyediakan alasan untuk balas
revolusi dan berbagai-bagai lagi demi kepentingan orang lain. Adalah mudah
untuk melihat bagaimana sejarah untuk revolusi terikat dengan perbezaan
daripada apa-apa yang dikehendaki oleh konservatif. Ia juga mudah untuk melihat
bagaimana senarai penggunaan untuk sejarah bukan sahaja secara logik tetapi
praktikalnya tidak berkesudahan.

 

Secara
keseluruhannya, apa yang dapat dikatakan dalam bidang teori ini, Keith Jenkin
(2004) berpendapat bahawa sejarah tersusun daripada epistemologi, metodologi
dan ideologi. Epistemologi menunjukkan kita tidak boleh mengetahui tentang masa
lalu, ia disebabkan jurang antara masa lalu dan sejarah adalah satu ontologi,
iaitu, dalam keadaan yang sangat penting, tidak ada jumlah epistemologi yang
dapat membinanya. Para ahli sejarah ada menyusun untuk mengurangkan pengaruh
ahli sejarah yang menafsirkan dengan membangunkan kaedah-kaedah yang sangat
kompleks dimana mereka telah mencuba dengan pelbagai cara untuk ia dijadikan
umum, supaya jika semua orang mengamalkannya, maka suatu kemahiran, konsep,
rutin dan prosedur dapat mencapai objektif.

 

Praktis (Amalan)

 

Praktis atau
amalan yang dikemukakan oleh Keith Jenkin (2004) sedikit sebanyak memberi
pengetahuan kepada pembaca terutama mereka yang berada dalam proses untuk
mengenali maksud ‘apakah sejarah itu’. Bagi menentukan halatuju praktis atau
amalan dalam menghasilkan sejarah, Keith Jenkin (2004) telah menerangkan beberapa
peringkat yang dikenalpasti oleh sekumpulan pekerja yang digelarkan sebagai
ahli sejarah apabila mereka keluar bekerja, itu adalah tugas mereka.

 

Makalah ini akan
menumpukan peringkat kepada praktis atau amalan. Peringkat ini adalah secara
ringkas dan mudah supaya ia dapat difahami dalam penghasilan sejarah.
Peringkat-peringkat tersebut adalah seperti berikut;-

 

1.      Mereka telah mengambil diri mereka sendiri,
nilai-nilai, kedudukan dan perspektif ideologi mereka sebagai asas.

 

2.      Mereka mengambil ramalan epistemologi mereka. Ini
tidak selalunya dipegang secara sedar tetapi ahli sejarah akan berfikir bagi
memperolehi pengetahuan. Melalui penggunaan kategori, konsep, dan andaian, ahli
sejarah akan menjana hipotesis, fomula abstrak dan mengatur dan menyusun
bahan-bahan untuk dimasukkan atau dikecualikan.

 

3.      Ahli sejarah mempunyai rutin dan prosedur untuk
bekerja dengan bahan, cara menyemak terhadap asal usul, kedudukan, keaslian,
ketulenan. Rutin ini digunakan terhadap semua bahan yang dikerjakan di pelbagai
peringkat terhadap kepekaan dan kekakuan.  Oleh itu, dengan pelbagai amalan ini, ahli
sejarah dapat memilih secara terus beberapa perkara untuk membuat sejarah.

 

4.     

7

Dalam mencari bahan-bahan untuk
dikerjakan, ahli sejarah mendapatkan kemudahan atau rujukan diantara
karya-karya yang diterbitkan oleh ahli sejarah lain dan bahan-bahan yang tidak
diterbitkan.

 

5.      Setelah melakukan penyelidikkan, ahli sejarah kemudian
perlu menulisnya. Di sinilah factor-faktor epistemologi, metodologi dan
ideologi dapat dimainkan, seterusnya disambungkan dengan amalan harian dan apa
yang mereka lakukan sepanjang fasa penyelidikan. Jelas sekali diperingkat ini
terdapat berbagai-bagai tekanan setiap hari temasuklah tekanan daripada
keluarga, rakan-rakan, tekanan di tempat kerja, terkanan daripada penerbitan
yang berkaitan dengan beberapa faktor iaitu kata pengertian, format, pasaran,
tarikh akhir, gaya kesusasteraan, pengadil, menulis semula dan sebagainya.

 

6.      Setelah apa yang telah ditulis setakat ini tentang penghasilan
sejarah, teks juga perlu dibaca. Jika tidak dibaca, walaupun oleh orang yang
sama, boleh dijamin menghasilkan kesamaan yang berulang bermaksud bahawa pengarang
tidak boleh memaksa tafsiran

8

mereka pada pembaca. Sebaliknya,
pembaca tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan oleh penulis.

 

Konsep penghasilan
sebuah sejarah secara praktis atau amalan ini begitu tersusun dan teratur bagi
pendapat saya. Ini kerana penghasilannya telah melalui perjalanan yang panjang
sebelum mencapai kemuncaknya dalam menjelaskan sesebuah sejarah itu. Secara
amnya, sesiapa sahaja boleh membuat sejarah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9

Kesimpulan

 

Secara
kesimpulannya, kefahaman yang mendalam tentang ilmu dan pendekatan ‘apakah
sejarah itu’ adalah sangat relevan dan signifikan dalam memahamkan dan
menganalisis pembentukan sejarah. Setiap fakta sejarah yang dinukilkan pula
perlu di analisis secara ilmiah dan teliti, gabungan epistomologi, metodologi
dan ideologi peristiwa masa lampau harus dilihat untuk menentukan sama ada ia
benar ataupun tidak.

           

Sekaligus, masa
lalu dan sejarah perlu dibezakan bagi tujuan supaya pembaca sejarah dapat
menilai dan memperolehi pengajaran daripada sejarah berbanding tiada apa-apa
makna daripada apa yang berlaku pada masa lalu.

 

Gandingan
pendekatan ilmu teori dan praktis atau amalan ini membolehkan kita mempunyai
segala pengetahuan untuk membincangkan dan menganalisis ‘apakah sejarah itu’.
Ia juga dapat melahirkan pembaca sejarah yang mempunyai pemikiran rasional,
waras dan kritis terhadap sejarah sebenarnya untuk siapa. Justeru, walaupun
sejarah sudah lama meninggalkan kita, sejarah tetap relevan dan harus
diteruskan bagi mencapai kejayaan dan membina tamadun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

           

 

 

1
Keith Jenkin, Re-thinking History, Taylor
& Francis Group, 2004, hlm 10