Pengenalan yang penulis dalami melalui tinjauan literatur adalah

 

Pengenalan

Dalam bab ini, penulis akan lebih menghuraikan
teori dan konsep bagi mencapai objektif sebenar kajian ini. Penulis memperoleh
teori dan konsep melalaui tinjauan literatur terhadap buku rujukan, laman web,
bab-bab yang terdapat dalam buku, dan bahan ilmiah yang mempunyai kaitan dengan
kajian penulias. Untuk kajian ini, penulis telah menggunakan kesusateraan
akademik yang meliputi wanita dalam filem, teori feminisme dan male gaze oleh Laura Mulvey, dan
permasalahan gaze dalam filem. Melalui
kajian literatur ini, penulis lebih memahami tentang kedudukan wanita dalam
filem dan permasalahan kegunaan konsep male
gaze dalam filem sekaligus membantu untuk memperkukuhkan kepentingan kajian
ini dalam mencapai objektif utama.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Berdasarkan
kepada tajuk kajian, penulis memfokuskan beberapa topik sebagai bahan rujukan
di mana mampu dijadikan sebagai bahan sokongan dan panduan. Di dalam bab ini,
penulis akan membincangkan mengenai kajian-kajian terdahulu. Perbincangan ini
bertujuan bagi memudahkan pemahaman pembaca serta memberi penjelasan terhadap
penulisan yang dilakukan oleh penulis. Oleh yang demikian, penulis telah
menjumpai beberapa kajian yang berkaitan dengan male gaze dan wanita dalam filem.

         Antara topik rujukan adalah representasi
wanita dalam filem di mana topik ini merupakan topik asas yang harus penulis
fahami sebelum melanjutkan kepada analisis kajian. Topik seterusnya yang
penulis dalami melalui tinjauan literatur adalah mengenai penyampaian male gaze menurut Laura Mulvey. Topik
ini lebih merujuk kepada teori dan kata-kata Laura Mulvey yang menghuraikan
mengenai male gaze. Selanjutnya,
penulis telah mengkaji dengan lebih mendalam mengenai isu permasalahan male gaze. Penulis akan fokuskan kepada
kata-kata tokoh filem yang mengkritik ideologi male gaze Laura Mulvey. Rujukan ini perlu bagi penulis mendapatkan
maklumat-maklumat teoritikal bagi melanjutkan analisis kajian.

 

Penyampaian Male Gaze Menurut Laura Mulvey

Korsmeyer and Carolyn (2004) mengatakan bahawa pengaruh male
gaze dan kecenderungan voyeuristic dalam penggambaran
tubuh dan seksualiti wanita bukan sesuatu yang asing lagi. Sebaliknya, bermulanya
kemunculan tubuh wanita dalam karya seni Barat umumnya adalah produk dari
estetika male gaze, di mana penghargaan terhadapnya hanya terbatas kepada
pemuasan terhadap keperluan tubuh badan untuk melihat hal-hal yang indah,
sebagai perangsang untuk timbulnya kenikmatan seksual.

Namun, apabila wujud tanda-tanda male
gaze dalam sebuah filem yang memiliki konteks yang sangat feminis,
baik dari segi pemilihan watak perempuan utama, mahupun pengangkatan tema dan
isu-isu seksualiti perempuan, maka wajar muncul persoalan seperti apakah tema
hubungan sesama jenis antara perempuan yang diangkat dalam filem ini
semata-mata hanya sebuah pembangunan dan objektifikasi baru untuk menampilkan
perempuan sebagai objek pemuas voyeur dan male gaze para
penonton laki-laki heteroseksual? Apakah elemen utama dalam filem seperti
karakter pelakonnya, sinematografi dan plot filem Boys Don’t Cry (1999) membenarkan adanya
indikasi tersebut? Hal ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada bab akan
datang. 

Teori male gaze, secara ringkasnya adalah cara
wanita di lihat di dalam media dari pandangan mata lelaki heteroseksual, dan
wanita-wanita ini mewakili objek pasif. Penonton terpaksa melihat wanita dari
sudut pandang lelaki heteroseksual, walaupun mereka wanita heteroseksual atau
lelaki homoseksual (Sampson, 2015).

Laura Mulvey juga mengangkat salah satu teori
Freud, scopophilia (Aitken, 2014),
iaitu kenikmatan yang diperoleh subjek saat menjadikan orang lain sebagai objek
pandangan. Laura Mulvey menggambarkan bahawa perempuan sebagai objek dan lelaki
sebagai subjek.

Scopophilia dalam filem dengan bantuan kamera untuk mengendalikan pandangan
penonton merupakan kenikmatan yang diperoleh penonton saat memandang objek
dalam filem. Penonton mengidentifikasikan kamera dengan diri mereka sendiri.
Dengan scopophilia, penonton
seolah-olah memiliki kuasa atau kawalan atas apa yang mereka lihat dalam filem.
Contohnya, pada babak pergelutan, pergerakan kamera seolah-olah mewakili mata
penonton kerana menampakkan keadaan cemas yang sebenar.

Selain scopophilia,
terdapat perwatakan penonton yang lain, iaitu narcissistic identification. Narcissistic
identification adalah penonton yang mengidentifikasikan dirinya dengan watak utama yang ada dalam filem (Aitken, 2014).
Dengan pengidentifikasian tersebut, penonton seolah-olah mendapat pemaparan
penuh atas paparan watak yang lemah dan aksi yang terdapat pada filem. Penonton
dapat memuaskan egonya untuk berkuasa dan merasa sebagai yang berkuasa mengawal
atas apa yang dilihat oleh watak utama dalam filem. Menurut Mulvey, lelaki
sebagai penonton yang aktif, memerlukan perwatakan untuk mengawal imaginasi mereka ke atas perempuan yang pada akhirnya
akan dipuaskan oleh filem yang mereka nikmati tetapi sebaliknya berlaku pada
filem Boys Don’t Cry (1999) iaitu
wanita dan lelaki sekaligus sebagai penonton yang aktif, memerlukan perwatakan
untuk mengawal imaginasi mereka ke
atas objek yang pada akhirnya akan dipuaskan oleh filem yang mereka nikmati
(Film Reference, n.d.).

Sudut pandangan penonton dalam sebuah filem
dikendalikan sepenuhnya oleh teknik kamera. Kamera mewakili apa yang harus
dilihat dan dirasakan oleh penonton. Salah satu teknik untuk mengendalikan
pandangan penonton adalah camera distance
atau jarak kamera. Beberapa jenis jarak kamera seperti Close Up, Medium Close Up,
Medium shot, Semi Long Shot, dan Extreme
Long Shot dapat diperoleh dengan menggunakan berbagai ukuran lensa. Teknik
yang lain adalah angle kamera.
Bordwell dan Kristin Thompson (1993) menjelaskan kategori angle iaitu straight-on angle,
high angle, dan low angle.

Teknik lain adalah gerak kamera. Dalam teknik
ini, boleh dikatakan kamera yang berpindah tempat (traveling shot atau dolly
shot) ataupun kamera tetap ditempat dan hanya memandang kearah yang
diinginkan (panning). Panning umum digunakan untuk mengikuti
pandangan watak, saat mereka meneliti sesuatu objek dari atas ke bawah atau
dari kiri ke kanan (Bordwell & Thompson, 1993). Teknik ini bukan hanya
untuk meneliti objek yang berupa benda, namun juga kawasan sekitar. Teknik ini
juga digunakan kamera dalam fungsinya sebagai mewakili male-gaze (Misbach Yusa Biran, 2006).

 

Isu Permasalahan Male Gaze

Filem dan televisyen mempunyai pengaruh yang
besar terhadap masyarakat dan mencerminkan pembinaan masyarakat, tetapi
bagaimana ia boleh menjadi penggambaran yang tepat jika ia hanya diarahkan dari
sudut pandang lelaki heteroseksual?

Mulvey membincangkan
mengenai gender power dalam filem, dan bagaimana filem diarahkan dari sudut pandang
lelaki heteroseksual. Paradigma tradisional Laura Mulvey terhadap active male gaze dan passive female
gaze adalah bermasalah dalam filem kerana pencerobohan transgender gaze dan norma homoseksual.

Eseinya
mengenai Visual Pleasures, telah  mengetepikan norma homoseksual bagi penonton
yang bukan cisgender. Mulvey
menggunakan teori psychoanalysis Freud
bermaksud eseinya hanya tertumpu kepada penonton lelaki dan mengabaikan
penonton wanita (Murray, 2017). Ramai pembuat filem telah dikaitkan dengan kepercayaan
Mulvey dan mereka beranggapan sinema patriarki ini perlu dibongkar dan dibina
semula, kerana melanggar norma Hollywood dalam usaha memupuk nilai female gaze yang aktif.

         Holinger
(1998) berpendapat bahawa, walaupun filem lesbian wujud dalam pawagam avant-garde, pawagam arus perdana
menghasilkan apa yang beliau rujuk sebagai filem ambiguous lesbian. Beliau berhujah, filem-filem ini “have attained considerable mainstream
popularity with both lesbian and straight female audiences by refusing to
identify itself unequivocally as a portrayal of female friendship or of lesbian
romance. The sexual orientation of its female characters is never made
explicit, and viewers are left to read the text largely as they wish” (m.s.
6).

Penonton
homoseksual akan melihat dua orang wanita sebagai pasangan kekasih manakala
penonton wanita heteroseksual akan melihat mereka hanya sebagai kawan biasa. Holinger
juga mengatakan penonton boleh menikmati “the
voyeuristic satisfaction of seeing two beautiful women interacting in sexually
provocative ways on the screen without overtly challenging heterosexist norms”
(m.s. 7). Akhirnya, Holinger (1998) berpendapat bahawa kedudukan ini mencabar
prerogatif lelaki untuk mengawal filmic
gaze dan menyusun semula gaze ini
supaya ia mencerminkan hubungan baru antara wanita dan keinginan.

         Di
bawah rangka kerja Holinger, penampilan lesbian tidak bersifat objektif seperti
istilah gaze oleh Mulvey. Holinger
mengakui bahawa keinginan antara pasangan wanita adalah sangat subjektif. Mereka
boleh dibaca sebagai pasangan erotik atau hanya sebagai kawan biasa bergantung
kepada seksualiti atau keutamaan penonton (Holinger, 1998). Holinger berhujah
bahawa filem lesbian yang sahih akan menafikan male gaze dengan tidak menayangkan seksualiti watak secara jelas.
Akan tetapi, perkara ini tidak selalu berlaku. Seperti filem Nathalie (2003) tiada yang boleh
menghalang lelaki untuk melihat pasangan lesbian sebagai kenikmatannya sendiri.
Contohnya seperti filem arahan Abdellatif Kechiche, Blue is the Warmest Colour (2013) berkisahkan zaman muda seorang
gadis yang menemui seksualitinya, boleh dilihat untuk penggambaran keterlaluan lesbian desire dan jatuh ke dalam aspek male gaze. Hubungan seksual antara Adele
dan Emma ditunjukkan sangat jelas dalam filem. Babak yang menunjukkan keintiman
pasangan itu yang agak lama durasinya dan kamera memberikan perhatian yang
tidak berbelah bahagi kepada tubuh badan mereka, menunjukkan setiap aspek perbuatan mereka.
Tidak seperti Nathalie (2003), Adele and Emma tidak dikawal oleh badan mereka.
Kamera mengganggu hubungan intim mereka yang 
membuatkan tubuh badan mereka dilihat oleh semua.

         Lebih-lebih
lagi, bukti Mulvey sendiri boleh diragui. Dalam eseinya, Mulvey (1999)
menggunakan filem Hitchcock sebagai bukti untuk menyokong hujahannya kerana
kebanyakan filem Hitchcock, dia percaya, menggunakan voyeurism sebagai perkara utama. Mulvey menegaskan bahawa dalam Rear
Window (1954), Lisa adalah objek pasif kesempurnaan visual manakala Jeff
secara voyeuristik memandangnya dari kedudukan penontonnya yang meletakkannya tepat
di tempat fantasi penonton sinema. Dengan menyediakan bacaan yang lebih rumit
mengenai kerja Hitchcock, Todd (2008) terus menetapkan fleksibiliti cinematic gaze. Dia menerangkan:

Queer theory has the potential to
reappropriate…films in subversive or radical ways by problematising notions of
spectatorship altogether. By this process, we might further complicate our
understanding of women characters within Hitchcock’s films and begin to think
about them in ways that move beyond the divides of active/passive
gaze/object-of-gaze paradigm.

    
                                                                                                                            (m.s. 55)

 

         Apabila Todd menerangkan mengenai
pengalamannya menonton Rear Window,
beliau menghujahkan bagaimana beliau mengenal pasti Lisa. Di mana Mulvey
menganggap Lisa sebagai hanya objek pasif, Todd menganggap Lisa sebagai kedua-duanya
iaitu sebagai objek wanita yang ingin dilihat dan subjek aktif yang menentang
pasif. Menurut Todd, Lisa mengaburkan nilai maskulin dan feminim. Lisa
merangkumi kewanitaan dunia fesyen tetapi juga merangkumi sifat pengembaraan
maskulin yang kurang dalam diri Jeff dan tetap tidak selamat akan peristiwa dalam
filem itu. Walaupun Visual Pleasures
bertentangan dengan bacaan teks filem lelaki heteronormatif tunggal, Todd telah
menunjukkan bahawa walaupun filem yang paling heteronormatif dapat
diinterpretasikan semula melalui lensa queer
untuk menentang traditional gender
binaries (Todd, 2008).

Seseorang juga boleh membantah ideologi
Mulvey mengenai identiti trans-seks yang merupakan cara pemerhatian atau
pandangan apabila wanita dikatakan mengambil posisi lelaki. Walau bagaimanapun,
Judith Halberstam (2005) berhujah dalam pembinaan pandangan transgendernya, “Afterthoughts” oleh Mulvey serta “Masquerade” oleh Doane tidak memerlukan
pemahaman sebenar tentang transvestisme. Menurut Halberstam, pandangan transgender sukar diteliti,
kerana ianya bergantung kepada hubungan kompleks antara ruang dan masa, antara
nampak dan tidak nampak, muncul dan hilang, dan diketahui dan tidak diketahui.
Pandangan transgender tidak bergantung pada gender
binaries yang dibincangkan setakat ini, ia melibatkan penonton untuk
melihat apa yang tidak ada dan keinginan apa. Tubuh transgender menghapuskan
gender binaries yang telah ditetapkan dan boleh membawa makna yang berlainan
kepada orang yang berbeza. Halberstam berkata, “for some audiences, the transgender body
confirms a fantasy of fluidity so common to notions of transformation within
the postmodern. To others, the transgender body confirms the enduring power of
the binary gender system. But to still other viewers, the transgender body
represents a utopian vision of a world of subcultural possibilities” (m.s. 156).

Pengiktirafan
dan pengenalan Halberstam mengenai kenaikan sinema transgender menunjukkan
kearah pembangunan berterusan representasi jantina dalam filem. Tubuh transgender tidak hanya wujud
dalam sinema queer, ia telah muncul
di arus perdana Hollywood seperti Boy’s
Dont Cry (1999). Kemunculan transgender di arus perdana Hollywood
menambahkan lagi kerumitan istilah gaze
oleh Mulvey. Beroperasi diluar daripada gender binaries heteronormatif, ia
berkemungkinan sukar, jika tidak mustahil, untuk menundukkan transgender kepada
male gaze (Halberstam, 2005).

            Grace
Banks (2016) seorang wartawan, editor dan pengarang yang melibatkan diri dalam culture, gender, seni dan kesusasteraan mengatakan bahawa dia menyedari
artis perempuan kontemporari ada mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai cara
wanita dilihat, dari pengiklanan ke filem, hanya dengan mendokumentasikan
kehidupan kita, dari yang biasa menjadi luar biasa. Zoe Buckman, seorang artis, jurugambar dan producer
British berkata :

Our
society is oversaturated with representations of women as objects, to serve as
desire stimulus to male eyes. I believe this to be a massive problem
contributing to rape culture, sexism and inequality. The art world abundantly
perpetuates the male gaze and its consequent effect on shaping our view of
women. The male gaze affects my work significantly as I find myself constantly
countering it, focusing on what grows inside our bodies (placentas), to what
goes on our bodies (lingerie), to what goes inside our bodies (gynecological
instruments). Women are present everywhere in my studio, yet the body and face
itself is distinctly absent. It’s my way of avoiding fetishizing or
objectifying women. I don’t want to see women hanging on walls or on pedestals
anymore.

  (www.manrepeller.com/2016/09/male-gaze-definition.html)

 

 

Menurut Banks (2016) lagi, Mira Dancy seorang
pelukis yang selalu melukis gambaran mengenai wanita ada berkata:

 

In my
work, the frame of the entire narrative takes place before the question of male
gaze even enters the room. The scale is intimate, woman to woman, sister to
sister. The arc of the narrative is about the split seconds of a pulse of a
thought; it’s not extended enough to accommodate the intricacies of “a gaze.”
The figures in the paintings are at odds with reflections and ghosts of
themselves. This is why there is a blur between the body and background, they
are both indeterminate fields. A body aiming to see itself rather than to be
seen…trying to follow the synapse of feeling from the mind through the arm to
the hand. It’s the shortest possible fiction. Short enough to summon a sense of
time, a possible past or possible future self.

(www.manrepeller.com/2016/09/male-gaze-definition.html)

 

 

Male gaze sedikit sebanyak berkait dengan
feminisme. Feminisme ialah teori politik, ekonomi, dan kesamarataan
sosial sexes atau dikatakan
sebagai kegiatan berorganisasi yang mamihak kepada kepentingan
 dan  hak-hak wanita (Merriam-Webster.com., 1895). Para feminis ingin
kedua-dua lelaki dan wanita diperlakukan sama rata di semua bidang, dalam semua
aspek masyarakat dan di seluruh dunia (Chepurny, 2013).

Menurut
Chepurny (2013), segelintir feminis adalah lesbian dan ada juga yang transgender.
Sesorang feminis tidak juga dikatakan sebagai man-hating dyke yang diibaratkan selalu bersendirian dengan
kucingnya sepanjang hari. Para feminis dalam kumpulan yang besar ada yang tidak
membenci gender yang bertentangan
kerana mereka hanya membenci ketidaksamaan dan ketidakadilan yang banyak
berlaku di antara lelaki dan perempuan.

Filem Boys Don’t Cry ini menggunakan pelakon
wanita yang tulen untuk membawa watak transgender dan ini akan lebih jelas
menunjukkan permasalahan konsep male gaze
apabila seorang wanita yang tulen iaitu Hilary Swank sendiri yang berada di
tempat yang sepatutnya diwakili oleh lelaki. Hilary Swank sendiri diletakkan untuk
merasakan bagaimana seorang lelaki merasakan male gaze dan pengarah hanya memutarkan arah gaze ini kepada transgender
gaze. Kamera dalam filem ini lebih memfokuskan kepada pandangan mata watak
utama iaitu Brandon Teena dan kurang fokuskan kepada pandangan mata watak
sampingan lelaki seperti John dan Tom.

Watak
heroin iaitu Lana Tisdel yang dibawa oleh Chloe Sevigny juga menumpukan sepenuh
perhatian kepada Brandon berbanding lelaki yang tulen seperti John.     

Kesimpulan

Menurut kajian penulisan literatur terdahulu,
wanita dalam filem masih menjadi pemuas nafsu lelaki akan tetapi tokoh-tokoh
teori queer juga telah mewujudkan
filem yang meletakkan wanita di dalam posisi lelaki. Namun, tidak dapat
dinafikan nilai male gaze sentiasa
wujud walaupun ianya merupakan filem yang mengetengahkan ciri-ciri LGBT kerana
tiada yang mampu menghalang penonton untuk merasai kenikmatan yang mereka
rasakan.

Filem bercirikan homoseksual lebih kearah
meletakkan pandangan wanita dalam pandangan lelaki. Penonton wanita homoseksual
mungkin menerimanya sebagai satu kenikmatan pandangan dan penonton wanita
heteroseksual mungkin meletakkan diri mereka dalam watak wanita dalam filem.
Ini sekaligus melambangkan wanita dalam filem boleh menjadi kedua-duanya,
sebagai objek dan juga sebagai subjek filem. Semuanya terpulang kepada reaksi
dan penerimaan setiap penonton yang menilai. Namun setelah menilai pandangan
tokoh-tokoh filem yang lain mengenai teori male
gaze oleh Laura Mulvey, penulis masih bersetuju bahawa male gaze yang difokuskan oleh Mulvey adalah bermasalah kerana
hanya memandang pada sebelah pihak sahaja. Bab seterusnya penulis akan mula
menganalisis aspek-aspek yang akan memberikan jawapan kepada permasalahan male
gaze dengan lebih teliti berserta bukti.

x

Hi!
I'm Shane!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out